Berita FoSAC
Berita & Maklumat Keselamatan Makanan FoSAC DBKL
Dapatkan berita dan maklumat terkini mengenai keselamatan makanan daripada FoSAC DBKL. Melalui laman web dan Facebook rasmi, kami berkongsi isu semasa, langkah-langkah penguatkuasaan, dan panduan untuk memastikan makanan di kawasan DBKL selamat untuk semua.
Berita Keselamatan Dan Sekuriti Makanan
Akan dikemaskini
Aktiviti FoSAC
Audit Dalaman ISO/IEC 17025:2017 di FoSAC, 5–7 Ogos 2025
FoSAC DBKL telah melaksanakan audit dalaman ISO/IEC 17025:2017 dari 5 hingga 7 Ogos 2025 bagi memastikan sistem kualiti makmal beroperasi mengikut piawaian akreditasi.
Audit ini melibatkan semakan dokumentasi, pemeriksaan rekod pengendalian sampel dan peralatan, serta temubual staf. Semua proses utama berada dalam pematuhan, dengan beberapa peluang penambahbaikan dicadangkan.
Terima kasih diucapkan kepada auditor dan semua staf makmal FoSAC yang memberikan kerjasama penuh sepanjang proses audit. Hasil audit ini akan menjadi pemacu ke arah penambahbaikan berterusan serta pengekalan akreditasi makmal kita.

Gotong-royong EKSA, 18-25 Ogos 2025
FoSAC telah melaksanakan gotong-royong EKSA dari 18 hingga 25 Ogos 2025 sebagai persediaan menghadapi audit dalaman JKAS DBKL pada 25–27 Ogos 2025. Audit dalaman DBKL dijadualkan berlangsung dari 8–12 September 2025. Aktiviti ini melibatkan semua staf makmal dan pejabat, termasuk pengaturan peralatan, pembersihan kawasan kerja, dan penambahbaikan sistem penyimpanan dokumen, bertujuan memastikan persekitaran kerja yang selamat, teratur, dan mematuhi prinsip EKSA.
Aktiviti Utama:
Penghargaan:
Terima kasih kepada semua staf FoSAC atas penyertaan aktif dalam menjayakan gotong-royong ini. Diharapkan FoSAC dapat mengekalkan anugerah tempat pertama “Go Green” dan mendapat pengiktirafan Zon Terbaik 2025 peringkat JKAS dan DBKL
Aktiviti Utama:
- Pembersihan & Susun Atur
- Penambahbaikan Sistem Penyimpanan Dokumen
- Persediaan Audit Dalaman
Penghargaan:
Terima kasih kepada semua staf FoSAC atas penyertaan aktif dalam menjayakan gotong-royong ini. Diharapkan FoSAC dapat mengekalkan anugerah tempat pertama “Go Green” dan mendapat pengiktirafan Zon Terbaik 2025 peringkat JKAS dan DBKL
Lawatan Delegasi FAMA ke PBKL & FoSAC, 23 Julai 2025
FoSAC DBKL menerima lawatan delegasi daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 23 Julai 2025 di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan (FoSAC). Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara FAMA dan agensi berkaitan dalam memastikan keselamatan dan keterjaminan makanan secara holistik.
Agensi Terlibat:
Penghargaan:
Terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang terlibat atas sokongan dalam menjayakan lawatan ini.
Agensi Terlibat:
- JKAS: TPK Bahagian Kesihatan Persekitaran, Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan
- Jabatan Sahabat: Jabatan Pelesenan & Pembangunan Perniagaan (JPPP)
- Agensi Luar: FAMA, Konsortium PBKL, Forever Fresh Coldstore Technology Sdn. Bhd. (FFCT)
Penghargaan:
Terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang terlibat atas sokongan dalam menjayakan lawatan ini.
Kursus & Workshop LQMS FoSAC, 16–18 Jun 2025
FoSAC DBKL telah menganjurkan kursus “Training on Laboratory Quality Management System (LQMS) Documentation Requirements to MS ISO/IEC 17025 & SAMM” dan workshop “Review & Upgrade of Existing LQMS Documents” dari 16 hingga 18 Jun 2025. Kursus ini bertujuan meningkatkan pemahaman staf terhadap dokumentasi LQMS dan memastikan dokumen sedia ada selaras dengan piawaian akreditasi.
Aktiviti Utama:
Aktiviti Utama:
- Sesi Latihan LQMS: Penerangan tentang keperluan dokumentasi MS ISO/IEC 17025 & SAMM.
- Workshop Semakan Dokumen: Mengkaji dan menaik taraf dokumen LQMS sedia ada.
- Perbincangan Interaktif: Menyelesaikan isu sebenar dan berkongsi amalan terbaik.
Program Keselamatan Makanan di Bazar Ramadhan 2025 – FoSAC dan UKM JKAS
- Sepanjang Ramadan 2025, FoSAC DBKL telah menerima sampel makanan dari bazar sekitar Kuala Lumpur yang diambil oleh Unit Kualiti Makanan (UKMA), Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL untuk dianalisis. Analisis mikrobiologi dijalankan bagi memeriksa tahap kebersihan dan kuman yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
- Kami menasihatkan peniaga agar sentiasa mengamalkan kaedah keselamatan makanan, manakala pembeli disarankan mengikut tatacara “Lihat, Hidu, Elak dan Simpan”, bagi memastikan makanan yang dibeli selamat. FoSAC komited memastikan warga Kuala Lumpur dapat menikmati makanan bazar yang bersih dan selamat sepanjang bulan Ramadan.
Selamat Berpuasa!