Tentang FoSAC
FoSAC, Makmal Berteknologi Tinggi milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang menyediakan analisis saintifik bagi menyokong penguatkuasaan, pemantauan dan keperluan industri.
Sejarah Penubuhan
Ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai Makmal Kualiti Makanan di Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.
- Fokus awal: analisis residu racun perosak pada sayur & buah
- Kemudian diperluas ke analisis mikrobiologi makanan
Peranan & Fungsi
FoSAC menyediakan perkhidmatan analisis saintifik makanan, bahan mentah dan air untuk:
- Menyokong penguatkuasaan & pemantauan DBKL
- Mengurus aduan awam berkaitan keselamatan makanan
- Menyediakan perkhidmatan kepada agensi kerajaan, swasta, IPT & orang awam
- Menawarkan perundingan, penyelidikan & latihan teknikal
Perkembangan & Akreditasi
- 2006 → usaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa
- 2014 → diakreditasi MS ISO/IEC 17025 (Kimia)
- 2017 → akreditasi diperluas ke bidang Mikrobiologi
- 2021 → dijenamakan semula sebagai Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan (FoSAC)
- Kini → beroperasi dengan 5 makmal moden & fasiliti saintifik berteknologi tinggi
Pencapaian & Pengiktirafan
- Akreditasi ISO/IEC 17025 sejak 2014
- 2024 → Makmal & Juruanalisis diwartakan di bawah Akta Makanan 1983 (KKM)
- Penerima Lab Excellence Award 2024
- Lebih 30 tahun pengalaman analisis makanan, bahan mentah & air, kami terus maju dengan fasiliti moden dan kepakaran juruanalisis mengikut peredaran masa.

Piagam Pelanggan FoSAC
Sebagai pusat analisis yang diakreditasi MS ISO/IEC 1702:2017, FoSAC beriltizam untuk:
- Menyediakan keputusan analisis yang tepat, sahih dan boleh dipercayai selaras dengan keperluan standard antarabangsa.
- Mengeluarkan laporan analisis dalam tempoh masa piagam pelanggan bermula dari tarikh penerimaan sampel yang lengkap.
- Memberi perkhidmatan yang mesra, profesional dan telus kepada semua pelanggan — agensi kerajaan, industri, akademia dan orang awam.
- Menjamin kerahsiaan maklumat pelanggan sepanjang proses penerimaan, analisis dan pelaporan.
- Menambah baik sistem kualiti secara berterusan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kepuasan pelanggan.
Visi FoSAC
Menjadi makmal yang berwibawa dalam memberikan perkhidmatan analisis berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Misi FoSAC
Untuk mencapai kecemerlangan kerja berasaskan saintifik, kos efektif, berorientasikan hasil dan menumpukan kepada penambahbaikan yang berterusan serta kualiti keseluruhan
Nilai Teras / Komitmen
- Integriti dalam setiap analisis.
- Profesionalisme & ketelusan.
- Inovasi & peningkatan berterusan.
Latar Belakang Dan Sejarah FoSAC
Ditubuhkan pada 1994, kini dikenali sebagai Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan (FoSAC) sejak 2021 di bawah Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tujuan asal penubuhan adalah menjalankan analisa kimia untuk memantau kandungan residu racun perosak dalam sayur dan buah yang masuk ke Pasar Borong Kuala Lumpur. Fungsi FoSAC dikembangkan lagi dengan menambah analisis Mikrobiologi untuk menjalankan analisa terhadap makanan sedia dimakan yang dijual di gerai dan restoran.
Bagi memberikan kepercayaan terhadap kompetensi perkhidmatan dan keputusan analisis yang dikeluarkan, FoSAC memulakan usaha untuk mendapatkan pensijilan akreditasi ISO17025 bermula tahun 2006 dan membuat permohonan kepada Jabatan Standard Malaysia pada tahun 2011. Setelah melalui beberapa siri audit, pada Februari 2014 FoSAC telah diakreditasi ISO17025 dibawah SAMM (Skim Akreditasi Makmal Malaysia) dari Jabatan Standard Malaysia dalam skop analisis kimia dan pada tahun 2017 bagi skop Mikrobiologi.
Selaras dengan pembangunan industri makanan, peningkatan isu keselamatan dan sekuriti makanan semakin membimbangkan dan keperluan untuk menjamin keselamatan dan kualiti makanan diutamakan. Pihak pengurusan tertinggi DBKL bersetuju untuk penjenamaan semula Makmal Kualiti Makanan kepada PUSAT ANALISIS DAN SEKURITI MAKANAN atau FOOD SECURITY AND ANALYSIS CENTRE (FoSAC) pada Mac 2021 bagi menjamin keselamatan dan kualiti makanan melalui perkhidmatan analisis saintifik sampel makanan, bahan mentah dan air.
Pada masa sekarang, FoSAC mempunyai 5 unit makmal iaitu Makmal Residu Racun Perosak, Makmal Aditif Makanan, Makmal Mikrobiologi, Makmal Kontaminasi Logam dan Makmal Kimia Air yang dilengkapi dengan alat kelengkapan penyelidikan dan peralatan saintifik yang berteknologi tinggi.
Sekapur Sireh
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PUSAT ANALISIS DAN SEKURITI MAKANAN ataupun dikenali sebagai FoSAC (Food Security and Analysis Centre) adalah sebuah makmal analisis makanan di bawah Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan ditempatkan di dalam Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur. Pada tahun 1994 dikenali sebagai Makmal Kualiti Makanan, diberi penjenamaan semula oleh pihak pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2021 selaras dengan perkembangan fungsi FoSAC dan hasil usaha gigih pegawai dan kakitangan FoSAC yang terlibat dalam menjalankan pelbagai aktiviti bagi menaikkan nama FoSAC untuk dikenali ramai. Kini, setelah 29 tahun FoSAC masih bertahan menghadapi cabaran dan dugaan dalam memberikan perkhidmatan analisis makmal yang terbaik, diyakini dan boleh dipercayai.
Selaras dengan visi FoSAC untuk menjadi makmal yang berwibawa dalam memberikan perkhidmatan analisis yang berkualiti tinggi bertaraf antarabangsa bagi memenuhi kehendak pelanggan, kami warga FoSAC meneruskan misi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, mencapai kecemerlangan kerja berasaskan saintifik, kos efektif, berorientasikan hasil dan menumpu kepada penambahbaikan yang berterusan serta kualiti keseluruhan bagi menjamin kualiti dan keselamatan makanan.
Saya berharap, dengan adanya portal FoSAC ini, maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh FoSAC dapat disalurkan dengan lebih jelas dan memenuhi kehendak pelanggan. Isu keselamatan dan kualiti makanan tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan kesihatan umum yang perlu diambil berat oleh semua pihak. Moto kami - Keselamatan dan Kualiti Makanan Tanggungjawab Kami.
Selamat melayari portal Pusat Analisis Dan Sekuriti Makanan (FoSAC), hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.
Ketua FoSAC
ChM. Bahiatul Hanan binti Yaacob
Skop Ujian FoSAC
- Hasil pertanian
- Bahan mentah
- Makanan sedia dimakan (RTE)
- Makanan proses
- Makanan dalam tin
- Air (Kimia dan Mikrobiologi)
- Ujian “Swab” permukaan penyediaan makanan dan utensil dapur
- Produk tenusu
Pasukan FoSAC

0
Bilangan Kakitangan Teknikal
0
Analisa Dilakukan Setahun
0
Bilangan Jenis Analisa
