Skop Perkhidmatan

FoSAC menawarkan analisis kimia & mikrobiologi untuk pelbagai sampel makanan, minuman, air serta sampel alam sekitar.

  • Makanan & bahan mentah – ujian kimia & mikrobiologi
  • Air – pemantauan kualiti & keselamatan
  • Aduan awam & penguatkuasaan – sokongan kepada DBKL & agensi kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain
  • Pemantauan pasaran – kawalan keselamatan makanan

Analisis dijalankan di 5 makmal khusus:
Residu Racun Perosak | Aditif Makanan | Mikrobiologi | Kontaminasi Logam | Kimia Air

Selain itu, FoSAC turut menawarkan khidmat perundingan, penyelidikan & latihan teknikal.

Image

Residu Racun Perosak

Image

Kontaminasi Logam

Image

Perkhidmatan Analisis

Image

Aditif Makanan

Image

Kimia Air

Image

Pembangunan Kaedah

Image

Mikrobiologi

Image

Program Khas

Image

Latihan Industri

Image

Latar Belakang Dan Sejarah FoSAC

Awal penubuhan pada 1994 dikenali sebagai Makmal Kualiti Makanan, ditubuhkan di dalam Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur di bawah Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tujuan asal penubuhan adalah menjalankan analisa kimia untuk memantau kandungan residu racun perosak dalam sayur dan buah yang masuk ke Pasar Borong Kuala Lumpur

Kenapa FoSAC

FoSAC menyediakan perkhidmatan analisis makmal komprehensif bagi tujuan penguatkuasaan, aduan, krisis, pemantauan, menjalankan penyelidikan, pembangunan kaedah, perkhidmatan analisis makmal serta khidmat nasihat teknial bagi memastikan keselamatan dan kualiti bahan mentah, makanan yang dijual di pasaran serta kualiti air mengikut had peraturan yang ditetapkan oleh badan perundangan kebangsaan dan antarabangsa.
Pengalaman
FoSAC telah menjalankan analisis sampel bagi Analisa Kimia dan Mikrobiologi sejak tahun 1994.
Kepakaran
FoSAC telah mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 dari Jabatan Standard Malaysia bagi analisis Kimia dan Mikrobiologi.
Fasiliti
FoSAC menggunakan peralatan saintifik berteknologi tinggi bagi menjamin keputusan yang tepat, cepat dan kebolehpercayaan
Piagam Pelanggan
FoSAC komited dalam menjamin perkhidmatan analisis saintifik yang berkualiti, responsif, cekap, tepat dan memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan.

PETA LOKASI FOSAC

ALAMAT FOSAC

Pusat Analisis Dan Sekuriti Makanan (FoSAC),
Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar DBKL,
Pasar Borong Kuala Lumpur,
KM12, Jalan Ipoh,
68100 Selayang,
Kuala Lumpur, Malaysia.

NO TELEFON FOSAC